Cerpen - Satu Nama Tetap Di Hati



Satu Nama Tetap di Hati


Suhaimi membisu, memaku diri pada mejanya. Fail dan dokumen yang baru dihantar setiausahanya sebentar tadi dibiarkan saja menimbun di sudut kanan meja. Belum pun 10 minit dia tiba di pejabat, wajah yang pucat serta keadaan diri yang kusut masai tidak terurus itu seolah-olah telah seharian mengabdikan diri pada tugas. Usahkan fail hari ini, fail-fail yang dihantar ke mejanya sedari minggu sudah belum disemak, apalagi ditandatanganinya. Entah mengapa sejak seminggu lalu dia begitu. Sebahagian besar waktu pejabatnya dihabiskan dengan merenung potret wanita muda bersama 2 orang kanak-kanak comel. Potret itu telah berada di atas mejanya sejak sekian lama, tapi tidak pernah ditatapnya begitu sekali.

***

“行ってくるね。 大人しくしてお留守して頂戴。 Ummiは仕事終わったらすぐ帰ってくるから、ね?” kata Raudhah, ibu muda yang baru berusia 26 tahun itu kepada anak lelaki sulungnya, Taufiq.

Walaupun Taufiq baru berumur 3 tahun, namun dia seolah-olah mengerti ucapan ibunya sambil mengangguk-anggukkan kepala. Wajahnya saling tak tumpah mirip wajah ayahnya. Barangkali ayahnya juga secomel itu di zaman silamnya! Taufiq dan adik kembarnya Hidayah, ditinggalkan Raudhah di rumah berdua saja. Tiada pengasuh atau sesiapa menjaga mereka. Manakan mampu untuk Raudhah mengupah pengasuh sedangkan kehidupan mereka kini ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dek kerana itu, pergerakan Raudhah juga terbatas. Dia hanya keluar bekerja di awal pagi & pulang sebelum tengah hari berakhir. Meninggalkan si comel buah hati tercinta bersendirian di rumah demi mencari sesuap nasi untuk hari ini…

“Bersabarlah anakku. Ibumu terpaksa buat begini. Demi mu jua nak. Usah kau rindukan ayahmu dan membuat hati ibumu gusar….”

Rutin harian ini bermula sejak setengah tahun yang lalu. Tiada siapa menduga ini penyudahnya. Perkahwinan campur Melayu-Jepun itu hanya mampu bertahan selama 4 tahun cuma.

Ken’ichi memeluk Islam atas kerelaan sendiri setelah puas mengkaji dan mendalami agama suci ini. Tambahan pula gadis manis Raudhah tatkala itu banyak membantunya, menemukannya jalan sebenar, memimpin dia kepada hakikat kehidupan, ada di sisi. Kenyataannya telah memeluk Islam dirahsiakan dari pengetahuan Raudhah. Sehinggalah pada suatu hari,…

“Raudhahと一生にいたい” kata Ken’ichi.

“え? ケン、冗談でもやめてくれない?!” balas Raudhah menyangka Ken’ichi Cuma bergurau.

“冗談じゃない!本気で言ってるんだ。一生にいたい” kata Ken’ichi kali ini bersungguh-sungguh. Pipinya yang putih bersih itu kelihatan merah sedikit seperti baru dicubit.

“…どういう事?” Raudhah terperanjat. Tak mahu tersalah tafsir, lekas-lekas dia mengajukan soalan itu.

“イスラムに改宗したんだ。6ヶ月前。”

“……” tiada kata terlahir dari bibir Raudhah. Kelopak matanya juga tak berkelip.

“勘違いするな。何の為でもなく誰の為でもないんだ..イスラムそのものの美しさが解かってしまったからだ”

Lamaran Ken’ichi diterima Raudhah, disambut baik seisi keluarga Raudhah. Tapi tidak oleh kedua ibu bapa Ken’ichi. Ken’ichi pada asalnya datang dari keluarga berada - berayahkan seorang pengarah syarikat dagangan, beribukan anak hartawan terkemuka di Jepun. Namun kerana tindakannya memeluk Islam tanpa meminta izin kedua ibu bapanya menyebabkan dia diusir keluar dari rumah. Ken’ichi dan Raudhah menyewa di sebuah apartment murah. Ken dan Raudhah masing-masing masih di tahun 3 Waseda Daigaku ketika itu. Mengharapkan biasiswa Raudhah sahaja sememangnya tidak cukup untuk menyara hidup bersama setelah lahirnya 2 insan istimewa – Taufiq & Hidayah. Ken berhempas pulas bekerja sambilan pada sebelah malam hingga ke hujung minggu. Tapi sayangnya kegigihan dan ketabahan Ken tidak bertahan lama. Mungkin terlalu sukar bagi Ken untuk melupakan segala kemanisan hidup di bawah naungan nikmat harta dan kekayaan melimpah ruah sejak kecil.

Suatu hari Ken pulang dari kerja dengan wajah masam mencuka. Dahinya berkerut sepanjang masa. Bicara Raudhah langsung tidak diendahkannya. Kata-kata ayahnya di telefon pagi tadi benar-benar mengganggu emosinya.

“うちに戻って来ない? 随分苦労してたみたいだから。あっ、でもお前一人で帰って来い。あの女と別れて、いつでも帰ってよろしい”



Terpedaya dengan janji manis bapa, termakan pujuk rayu sendu tangis ibu yang mengadu rindu dendam pada anak, Ken kembali ke sisi keluarga meninggalkan Raudhah dan anak-anak tergantung tidak bertali…..mujurlah pegangannya pada ajaran suci agama Allah S.W.T tidak ikut lebur bersama tali pernikahannya…

Raudhah takkan lupa teriak tangis Hidayah pada hari ayahnya meninggalkan rumah mereka. Dia juga tak pernah berjaya menahan airmatanya dari berhamburan gugur ke riba tiap kali Taufiq bertanyakan kepulangan ayahnya. Namun pada setiap titis airmata yang gugur itu, dia memanjatkan doa ke hadrat Illahi agar ditabahkan hatinya untuk menempuh onak duri & ranjau kehidupan bergelar ibu tunggal.

***

Suhaimi termenung lagi hari ini. Hamburan maki hamun dari pihak atasan kerana kerjanya yang terbengkalai itu bagai didengar dan tidak. Sekilas pandang, Suhaimi bagai sudah hilang siumannya. Fail yang dipulangkan kepadanya digenggam kuat, renyuk sama sekali, sebagai mana remuk hatinya kini…lalu dihempas ke lantai. Dia nekad. Kotnya yang tersidai di bahu kerusi pantas dicapai. Kakinya dihayun deras. Mobilnya dikenderai sepantas mungkin. Tiba-tiba kelibat wanita itu sedang berjalan dari susur keluar Waseda Daigaku terlihat olehnya. Tak syak lagi. Memang dia. Pantas Suhaimi mengejar jejak langkah wanita itu. Semakin lama semakin deras.

“Raudhah….” Suhaimi bersuara apabila pasti suaranya bisa didengar Raudhah. Raudhah terhenti. Suara itu dikenalinya. Hampir setahun suara itu tak didengarnya. Masakan suara itu hanya igauan di siang hari. Suhaimi pula berlari mendekatinya. Kini dia betul-betul di hadapan Raudhah. Lidahnya kelu untuk mencari pembuka kata memulakan bicara.

“元気か?” tak semena-mena soalan itu terpacul dari mulutnya.

“ Alhamdulillah,” jawab Raudhah ringkas lalu segera beredar dari situ.

“待て!”teriak Suhaimi.

“子供たちは、元気にしてるか?” Suaranya tenggelam timbul menahan sebak di dada. Genangan airmata yang berkolam menanti masa untuk gugur ke pipi.

“今急いでるから、話をする暇は無いの。後でね”

“ Raudhah! ” teriaknya lagi. Tanpa disedarinya kedua-dua tangannya berada di kedua belah bahu Raudhah. Raudhah yang terperanjat dengan tindakan Suhaimi itu segera menjauhkan diri.

“私達はもう何の関係も無いだろう? まだ自分のモノ扱いにしないでくれる?”

Geram berbaur marah, kata-kata itu terlepas juga. Bagai tiada apa-apa yang berlaku Raudhah cuba berlalu dari situ apabila menyedari tingkah mereka sudah mula mencuri perhatian orang ramai yang lalu lalang di situ.

“子供たちに会いたいんだ。車でお家まで送ってくるから、おいで” pinta Suhaimi cuba menenteramkan suasana.

“そんな余裕があったら病院に行きなさい! Taufiq..”

“ Taufiq? Taufiqはどうした?” soal Suhaimi tak menyempat. Sejuta persoalan menerjah fikirannya satu demi satu….

***

“ Taufiq!!” teriak Raudhah apabila terlihat Taufiq di bilik wad. Suhaimi yang terkebil-kebil melihat Raudhah tiba-tiba disapa doktor yang baru keluar dari bilik Taufiq.

“松井健一さん, Taufiq君のお父さんでお間違いありませんか? ちょっと話があるんで、僕のオフィスに付いて来て下さい” kata doktor itu sebelum berlalu meninggalkan Suhaimi yang masih termanggu-manggu kebingungan.

“先生、Taufiqはどうしました? どこが悪いのですか?” soal Suhaimi memulakan bicara.

“松井さん、よくテレビを観てらっしゃるんですか?” soalan doktor itu di luar jangkaan.

“え? いやぁ。仕事に忙しいもんですから…” balas Suhaimi yang masih dalam kebingungan. Masakan dia menduga soalannya dibalas soalan yang langsung tiada kaitan di logik akal.

“なるほどね。3ヶ月前だったかなぁ…NHKで国内にある白クマが突然病気にかかった話を放送されてね。この白クマは、生まれた時からずっと、一人のシーかー掛かりにお世話になってたんだ。 まぁ、このクマの事 を色々、あのシーカー掛かりというものが看てくれるって訳でね。で、白クマが一歳になった時、人間よりも体が大きくなったんだ。それで、そろそろ白クマの面倒看るのをやめた方がいいんじゃないかって。一気に止めるのではく、少しずつ離れていくって。

松井さん、白クマはその後、どうなるかってご存知ですか?” tanya doktor itu setelah bercerita panjang lebar.

“いやぁー” jawab Suhaimi separa menggeleng.

“シーカー掛かりと離れてから一週間後、白クマがいきなり知らない病気に罹った。いろんな診査をして、お薬や治療などもあげたが、白クマの病がますます酷くなってしまったのです。それで、あのシーカー掛かりに看てもらえたらどうだっていう提案で、再びあの人を呼んできて、本当に看てもらったんだ。それから一週間が経ちまして、白クマの抱えた病気が消えて、今までの薬を飲んでいても、立つ事も歩く事も出来る様になったんだ。”

doktor itu menyudahi ayatnya dengan renungan tajam pada Suhaimi.

“そうですか” balas Suhaimi yang nyata kurang jelas maksud yang ingin disampaikan oleh doktor ini.

“松井さん、ご家庭の事情は良く分かっております。離婚したって、子供に顔を見せるぐらいは特に問題は無いでしょう。それだって、自分の子供に対する親として一つの責任じゃないか?今のところ、我々の力で、Taufiq君の病気はまだ原因不明です。でも僕は、松井さんと会うのは、Taufiq君にとって一つの「治療」だと思ってる。まぁ、お話はそれだけです。よろしければ、僕はまだ看る患者さんがいるので先に失礼致します。”

Suhaimi terkesima. Kisah beruang putih yang diceritakan doktor itu bagai piring hitam diputarkan semula di peti mindanya. Baru saat ini dia mengerti maksud tersirat di sebaliknya.

“Taufiq,父ちゃんだよ! 父ちゃん来たんだ! お願い、覚めてくれ! 父ちゃんだってTaufiqと会いたかったよ!” teriak Suhaimi di sisi Taufiq. Melihat anak kecil itu terbujur kaku, membuat dia benar-benar tak keruan. Bagai gondolan batu besar sedang menghimpit dadanya. Sesak…sebak…

“ Raudhah….” Dia bersuara separuh berbisik.

“ うん?”

“俺達、元通りに戻れる可能性はないのかな?”

Tanya Suhaimi penuh makna tapi tak sepenuh hati. Bimbang kata-katanya ditolak bulat-bulat lagi kali ini.

“無いわけじゃないけど、無理” jawapan Raudhah memeranjatkan Suhaimi lagi.

“俺の誤った事をすべて直したい。こんな事になったのも俺のせいだってよく分かってる。反省してる。過ぎた時はもう一度再生できない。けど、Taufiqのために、もう一度考え直せないか?”

rayu Suhaimi. Raudhah mendiamkan diri seribu bahasa, kelu sejuta kata. Sisa cintanya pada lelaki ini tak mungkin luput menjadi sifar. Antara sedar ataupun tidak dia membiarkan saja jari-jemarinya digenggam Suhaimi……….

# nama-nama & watak-watak yang tersebut dalam kisah ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Kembara Diri : Merentas Awan, Menjejaki Benua Asing : Pt 2 - Koln-Brussels

Tuition & Me

From zero...